Emosi 4 : Siapa Hati Kita?

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah kalbu (hati)."


* Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Persoalan sebenar tentang hidup kita adalah berdasarkan hati. Fahamkah kita hadis diatas? Kalau ya, nyatalah, hati memang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita terutama bagi kita yang bergelar Muslim.
Ada pepatah mengatakan, " jika hati binasa, badan juga binasa" mengapa? seperti yang kita tahu,badan kita hanyalah saluran dari fikiran tetapi tahukah kita mada datangnya arahan dari fikiran itu? dari hati, ya, hati yang memainkan peranan dalam pergerakan dan penentuan dalam kehidupan kita.

Ada orang mengatakan, hati juga memainkan peranan seperti "ketua" kepada badan seperti hati yang memberi sifat "keegoan" dan "keakuan". Sifat yang sememangnya penting kepada seorang manusia terutama yang bergelar Lelaki. Sifat keakuan membawa kepada aku ini, dan aku yang itu, aku mahu ini dan aku mahi itu, mengapa? sebab "aku" yang itu membawa kata ganti diri kita yang sememangnya menandakan roh diri kita sendiri. sedarkah kita tentang ini semua? peninggalan "aku" dari badan kita juga membawa erti kematian, apabila "aku @ roh" meninggalkan badan, nescaya badan kita akan mereput dan ikatan kita kepada dunia sudah tiada.

Hati juga sebagai pendorong kepada sebuah sifat bergelar perasaan. Perasaan kepada Tuhan, perasaan sesama manusia, sebagai lumrah kepada kita, dan anugerah dari Yang Esa. Perasaan yang jujur datang dari hati dan hati yang tulus memberi makna kasih yang abadi. Namun pernahkah kita bertanya hati kita tentang perasaan kita sebelum kita melakukan perhubungan? pernahkah? Jadi berfikir dan tanyalah hati tentang perasaan kita, adakah kerana sayang atau sekadar gurauan, kita yang tahu.


Maka, adalah amat penting bagi kita untuk mengenal siapa diri kita yang sebenarnya.. Dan dari situlah kita dapat memperbaiki amalan dan gaya hidup kita. Bulan Ramadhan pn dah nak habis. Jumaat depan tamat lah ujian berpuasa untuk tahun ni... Maka, untuk hari hari yang berbaki ni, mari lah kita sama sama memperbanyakkan ibadah. Ibadah khusus dan ibadah awam. 

Ads 468x60px

Stalkers

Who's The Writer

I Love My Life, My Life Is Simple,I Quotes My Life, I Write My Life, And The Truth Is I Can't Erase It.
I have lots and lots of nicks, but it doesn't matter as long as that person is me. A person who was once be loved, once have a good life, once have a good relationship.
I did not earn any qualification, I'm just being normal. Being normal as I can be that is the true solitary.
berlegar-legar

You'll Never Walk Alone